Monday, September 18, 2017

Trip Ke Bandung Serendah RM700 | Student Budget

Assalamualaikum semua. I know it has been a almost a year tak update blog since entry trip ke vietnam student budget. You can click this LINK  if you missed this post. So last bulan ogos we decided nak pegi bandung yang mana kita rasa macam tempat tu memang sesuai sangat dengan student bajet exclude part shopping la. Everyone can be a shopaholic include me lol. Kali ni saya akan share a few tips nak kurangkan kos travel cause i bet everybody punya perception towards travelling mesti menelan kos yang banyak. Especially full time student macam saya, so you dont have no worries gais. If i can do this then why not you kan. Itinerari kalini ini untuk 5D4N tau

1) Tiket Flight 

Tiket flight ini salah satu punca kenapa kos travel kita tinggi. Yela kadang kadang mencecah 400-500 kalau bukan promo. Then rajin rajinkan lah dirimu bukak laman web kapai terbang. One of my fav is AirAsia sebab dia selalu buat promo yang boleh buat saya nangis sebab murah sangat. Kadang dia suka buat promo time kita takda duit ciss. But nevermind promo ni bukannya datang setahun sekali, selalu kot. Untuk tiket flight KUL-BDO-KUL sebanyak RM219.58 included luggage balik 20KG (shared 4 orang). Okay untuk luggage pegi BDO saya tak suggest amik sebab nak menjimatkan kos. Kan uolls backpackers kan?


2) Hotel 

Di sana kami menggunakan khidmat HOTEL HALIMUN GUEST di bandung. I swear tempat situ memang cantik gila especially morning. Saya menyeru kepada hijabster hijabster yang mencari port photoshoot sila lah datang kesini. Kos each person RM138.60 untuk 5D4N. Sebab bilik yang kita amik tu family room so it kinda big untuk 4 person. Jangan risau banyak lagi hotel murah yang anda boleh cari di laman web agoda, booking, airbnb and trivago. Then one more thing cari lah hotel yang ada security especially tu gegirl yang nak melancong tu. Jaga keselamatan tu yang penting. Satgi mak ayah terkejut anak tak balik malaysia sebab kena culik. Tak gitu?









3) Transport 

Since kat sana jarak antara tempat yang ingin dilawati dengan tempat lain kadang makan masa 2-3 jam jadi kami menggunakan khidmat supir yang thorbaikkkkk. To be honest la servis supir yang kami guna ni memang superb. Dah la peramah, boleh jadi travel guide haa kan 2in1. Kos transport ni pun dikira murah RM 112.50 per person untuk 5D4N ( exc parkir). Which means RM112.50 tu kos duit minyak, tenaga supir sahaja. Parkir tu kos lain pulak, so simpan lah duit lebih untuk parkir. Yang membuatkan kos transport ni lagi murah sebab kita tak gaduh nak bayar entrance fees untuk dia. Kalau setengah khidmat supir kat luar sana, kita kena support entrance fees so lagi tinggi lah kos. Thats why saya rekomen supir ni. You gais boleh search @hadimanmbtsholiday ataupun di instagram @hadiman_mbts_holiday . Btw his wife jual kek lapis, ada 3 types which is cheese, original and chocolate. So before balik tu beli lah kek lapis buat sebagai buah tangan kan, dah la besar and murah.


4) Entrance Fees

Kos untuk entrance fees kami spend around RM 182 per pax. Since banyak tempat yang kami masuk and kena charge mostly kecuali tangkuban perahu. Tak sempat nak pegi sebab tak cukup masa kan. Nak shopping pun dah amik sehari suntuk, tu pun tak cukup lagi. Di bawah ni saya sertakan entrance fees bagi setiap tempat dan itinerari yang saya lawati untuk memudahkan kerja anda semua yang tengah eksaited nak pegi bandung ni

1. Farmhouse                 20.000rp (free susu)
2. Kawah Putih              50.000rp
3. Lodge Of Maribaya   20.000rp (entrance fee sahaja exc game dalam tu)
4. Dusun Bambu           15.000rp (free mineral)
5. Transtudio Bandung 180.000rp (inc semua game)
6. Glamping Ciwidey    20.000rp
7. Floating Market        20.000rp (free susu)




Itinerary 5D4N

Day 1
Check in Hotel
Rehat
















Day 2
Farmhouse

































Lembang Bandung











Lodge Of Maribaya










Dusun Bambu














Floating Market







Rumah Mode 
Factory Outlet



Day 3 
Rumah Sulam


Pasar Baru 
Transtudio Bandung










Braga Street

Day 4
Kawah Putih













Glamping Ciwidey 






















Kebun Teh




Alun alun Bandung
Kartika Sari

Day 5
Check Out Hotel



Jadi anggaran untuk overall kos actually 600+ sahaja. Shopping pulak based on masing masing punya kemampuan dan nafsu. Baju sulam and telekung kat sana serius cantik gila. Around 150.000rp. Kain kebaya range 250.000rp but still it so pretteh. Fridge magnet and keychain pun boleh tahan murah and boleh dibeli kat pasar baru ground floor.

Kalau pegi ke bandung tak sah kalau tak beli ole ole buat keluarga kerna rasanya enak banger srsly. PISANG SALAI memang one of my fav ole ole kat sana. Banyak ole ole dia daripada pisang and they variasi semua tu and it taste good. Actually ada banyak tempat menarik tapi tak sempat pegi. 5D4N pun dikira pack dah jadual saya susun, Keluar pagi balik malam. Selalu kalau nak jenjalan kat bandung tak sah kalau tak pegi yogjakarta, naik train ja. Kos dia lebih kurang RM30+ sahaja. Fo those yang nak pegi melancong tapi nak bajet murah saya suggest bandung. Ohh btw kat sana memang dingin so bawak lah sweater. Nak mandi pagi pun ayaq dia sejuk macam mandi ayaq telaga rumah tok. Okay wish you gais luck and confirm tak menyesal
















No comments: