1) Tiket Flight
Tiket flight ini salah satu punca kenapa kos travel kita tinggi. Yela kadang kadang mencecah 400-500 kalau bukan promo. Then rajin rajinkan lah dirimu bukak laman web kapai terbang. One of my fav is AirAsia sebab dia selalu buat promo yang boleh buat saya nangis sebab murah sangat. Kadang dia suka buat promo time kita takda duit ciss. But nevermind promo ni bukannya datang setahun sekali, selalu kot. Untuk tiket flight KUL-BDO-KUL sebanyak RM219.58 included luggage balik 20KG (shared 4 orang). Okay untuk luggage pegi BDO saya tak suggest amik sebab nak menjimatkan kos. Kan uolls backpackers kan?
2) Hotel
Di sana kami menggunakan khidmat HOTEL HALIMUN GUEST di bandung. I swear tempat situ memang cantik gila especially morning. Saya menyeru kepada hijabster hijabster yang mencari port photoshoot sila lah datang kesini. Kos each person RM138.60 untuk 5D4N. Sebab bilik yang kita amik tu family room so it kinda big untuk 4 person. Jangan risau banyak lagi hotel murah yang anda boleh cari di laman web agoda, booking, airbnb and trivago. Then one more thing cari lah hotel yang ada security especially tu gegirl yang nak melancong tu. Jaga keselamatan tu yang penting. Satgi mak ayah terkejut anak tak balik malaysia sebab kena culik. Tak gitu?
3) Transport
Since kat sana jarak antara tempat yang ingin dilawati dengan tempat lain kadang makan masa 2-3 jam jadi kami menggunakan khidmat supir yang thorbaikkkkk. To be honest la servis supir yang kami guna ni memang superb. Dah la peramah, boleh jadi travel guide haa kan 2in1. Kos transport ni pun dikira murah RM 112.50 per person untuk 5D4N ( exc parkir). Which means RM112.50 tu kos duit minyak, tenaga supir sahaja. Parkir tu kos lain pulak, so simpan lah duit lebih untuk parkir. Yang membuatkan kos transport ni lagi murah sebab kita tak gaduh nak bayar entrance fees untuk dia. Kalau setengah khidmat supir kat luar sana, kita kena support entrance fees so lagi tinggi lah kos. Thats why saya rekomen supir ni. You gais boleh search @hadimanmbtsholiday ataupun di instagram @hadiman_mbts_holiday . Btw his wife jual kek lapis, ada 3 types which is cheese, original and chocolate. So before balik tu beli lah kek lapis buat sebagai buah tangan kan, dah la besar and murah.
4) Entrance Fees
Kos untuk entrance fees kami spend around RM 182 per pax. Since banyak tempat yang kami masuk and kena charge mostly kecuali tangkuban perahu. Tak sempat nak pegi sebab tak cukup masa kan. Nak shopping pun dah amik sehari suntuk, tu pun tak cukup lagi. Di bawah ni saya sertakan entrance fees bagi setiap tempat dan itinerari yang saya lawati untuk memudahkan kerja anda semua yang tengah eksaited nak pegi bandung ni
1. Farmhouse 20.000rp (free susu)
2. Kawah Putih 50.000rp
3. Lodge Of Maribaya 20.000rp (entrance fee sahaja exc game dalam tu)
4. Dusun Bambu 15.000rp (free mineral)
5. Transtudio Bandung 180.000rp (inc semua game)
6. Glamping Ciwidey 20.000rp
7. Floating Market 20.000rp (free susu)
Itinerary 5D4N
Day 1
Check in Hotel
Rehat
Day 2
Farmhouse
Lembang Bandung
Lodge Of Maribaya
Dusun Bambu
Floating Market
Rumah Mode
Factory Outlet
Day 3
Rumah Sulam
Pasar Baru
Transtudio Bandung
Braga Street
Day 4
Kawah Putih
Glamping Ciwidey
Kebun Teh
Alun alun Bandung
Kartika Sari
Day 5
Check Out Hotel
Jadi anggaran untuk overall kos actually 600+ sahaja. Shopping pulak based on masing masing punya kemampuan dan nafsu. Baju sulam and telekung kat sana serius cantik gila. Around 150.000rp. Kain kebaya range 250.000rp but still it so pretteh. Fridge magnet and keychain pun boleh tahan murah and boleh dibeli kat pasar baru ground floor.
Kalau pegi ke bandung tak sah kalau tak beli ole ole buat keluarga kerna rasanya enak banger srsly. PISANG SALAI memang one of my fav ole ole kat sana. Banyak ole ole dia daripada pisang and they variasi semua tu and it taste good. Actually ada banyak tempat menarik tapi tak sempat pegi. 5D4N pun dikira pack dah jadual saya susun, Keluar pagi balik malam. Selalu kalau nak jenjalan kat bandung tak sah kalau tak pegi yogjakarta, naik train ja. Kos dia lebih kurang RM30+ sahaja. Fo those yang nak pegi melancong tapi nak bajet murah saya suggest bandung. Ohh btw kat sana memang dingin so bawak lah sweater. Nak mandi pagi pun ayaq dia sejuk macam mandi ayaq telaga rumah tok. Okay wish you gais luck and confirm tak menyesal
No comments:
Post a Comment